Utama > Mengenai Kami > Profail Syarikat Print This Page
Mengenai Kami
Profail Syarikat
Profesor Dr Mark merupakan seorang doktor berkelayakan pasca ijazah terkemuka yang akhirnya dianugerahkan darjat Profesor dalam bidang Perubatan Cina Tradisional (PCT). Pada tahun 1996, terbitnya gerak hati dalam beliau tentang perlunya ditubuhkan sebuah loji pengilangan yang memproses ubat-ubatan Cina tradisional untuk membekali dan melengkapi klinik-kliniknya di Malaysia.

Tambahan pula, kerja penyelidikan Prof. Dr Mark yang meluas di Philadelphia, Pennsylvania disertai kemahiran, pengalaman dan kekuatan beliau dalam pengetahuan serta aplikasi PCT dan ilmu kimia moden membolehkan beliau menyediakan kaedah rawatan yang berkesan bagi pesakit dan pelanggannya. Rawatan beliau bertumpukan perhubungan yang bercirikan pemahaman mendalam dan nilai ketulusan antara doktor dengan pesakit atau pelanggan.

Kerja penyelidikan Prof. Dr Mark dijalankan dan diuji di bawah Bio Nice Research & Development USA LLC (4584145). Sebagai zuriat pengembangan bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Bio Nice di Malaysia, terlahirlah Inkorporasi Bio Nice in Malaysia. Matlamat Bio Nice adalah untuk menjadi jenama yang menghasilkan produk berkualiti yang mengandungi penyediaan khasiat yang konsisten dalam Suplemen Kesihatannya yang diperbuat daripada sumber-sumber semula jadi di bawah Tatatertib Perubatan. Selain itu, Bio Nice ingin tapak kehadirannya semakin dirasai di pasaran-pasaran utama utama, baik di dalam negara mahupun di luar negara. Dengan demikian, Bio Nice pasti akan berkembang menjadi sebuah syarikat yang menguntungkan, yang berupaya memberikan nilai faedah yang mapan kepada pemegang saham. Pada masa yang sama, Bio Nice akan kekal sebagai rakan yang penting kepada pesakit, pelanggan dan rakan perniagaannya.

Dengan adanya kajian penyelidikan yang menyeluruh dalam bio-perubatan herbal selama 23 tahun dan penghasilan produknya sendiri yang berfokus kepada suplemen pemakanan yang manfaatnya menjangkaui khasiat yang biasa untuk menjaga kesihatan dan fungsi tubuh badan, Prof. Dr Mark telah menghasilkan beberapa produk pemakanan yang menepati syarat-syarat kualiti yang ditetapkan. Industri Bio Nice, iaitu loji pengilangan, telah memperoleh Sijil Praktis Pengilangan Baik (Good Manufacturing Practices Certificate) bagi loji pemprosesannya di Johor. Pemerolehan sijil ini menandakan betapa ikhlasnya hasrat Bio Nice untuk melenyapkan perasaan was-was pesakit, pelanggan dan rakan perniagaannya terhadap usahanya menjadi pengilang yang boleh dipercayai dan bertanggungjawab.

Bahagian Pemasaran dalam Bio Nice menggunakan kaedah jualan terus untuk mencapai sejumlah besar penduduk. Prof. Dr Mark yang kaya pengalamannya sebagai Profesor dalam Perubatan Cina Tradisional dan sebagai seorang doktor menggunakan pendekatan yang memberikan tumpuan kepada kesihatan pesakitnya. Nilai utama pegangan beliau ialah ketulusan dan kecemerlangan peribadi. Bersandarkan pendekatan dan nilai tersebut, Prof. Dr Mark berusaha untuk mengukuhkan Bio Nice sebagai jenama buatanMalaysia.
NILAI DAN TUJUAN KORPORAT
Bio Nice berusaha untuk menjadi sebuah organisasi yang lebih menguntung, dengan penghasilan produk herba yang 100% semula jadi untuk membolehkan kadar penyerapan dan kesan keseimbangan yang lebih baik agar produknya yang mengandungi kualiti tertinggi ini dapat meningkatkan kualiti kehidupan manusia.
VISI
Dengan sepenuh ketulusan, kami di Bio Nice melafazkan komitmen dan dedikasi kami untuk menghasilkan produk herba 100% semula jadi yang efektif dan tiada tara tandingan untuk membekalkan khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.
MISI
Memandangkan alam berupaya melengkapkan diri manusia, Bio-Nice akan menggunakan segala keringatnya untuk menghasilkan produk dengan nilai yang tidak terperi nilainya, yang membawakan kesan pulih segar yang optimum. Harapan Bio Nice ialah produk yang kaya berlimpah dan mudah diperoleh ini akan menjadi pilihan utama pelanggan. Dengan itu juga, para pemegang saham turut mendapat nilai keuntungan yang mapan dan berterusan.