Utama > Rawatan Print This Page
Rawatan
Rawatan
Klinik Pakar

"Pemulihan merupakan
satu hasil kesenian kasih sayang,
yang memenuhi keperluan zaman dan
mengiktiraf piawaian yang terdahulu,
sekaligus menunaikan tanggungjawab
masa kini dan masa depan."

Prof. Dr Mark
 


Klinik pakar yang dikepalai oleh Prof. Dr Mark, iaitu Ketua Tabib Pusat Medicare Kang Minh, bersama-sama dengan profesor dan pakar TCM (Perubatan Tradisional Cina) yang lain menawarkan jagaan yang bermutu tinggi dan perkhidmatan yang komprehesif kepada masyarakat untuk merawat masalah-masalah kesihatan yang sukar diubati.

Falsafah Kami
Perubatan Tradisional Cina berasal daripada falsafah Taoisme yang memandang manusia sebagai satu sistem tenaga yang terdiri daripada kesatuan tubuh dan minda, dengan masing-masing mempengaruhi dan menyeimbangkan satu sama lain. Matlamat semua terapi Timur ialah mengembalikan setiap individu kepada keseimbangan dinamik yang membolehkan dia mencapai tahap kesihatan yang optimum. Kami berpegang kepada prinsip mengamalkan sikap keihsanan terhadap manusia. Kami ingin pesakit-pesakit kami memperoleh manfaat daripada sikap prihatin tabib serta kesan mujarab ubat-ubatan dan terapi Cina.
Bilik Rawatan
 

Klinik pakar mempunyai bilik rawatan yang moden lagi professional. Hak privasi pesakit dihormati dan dilindungi. Lagipun, klinik pakar ini memenuhi piawaian kebersihan yang optimum dan beroperasi mengikut peraturan, kod kebakaran dan kod keselamatan yang ditetapkan oleh kerajaan tempatan.