Berbekalkan kerja penyelidikan bio-perubatan herba yang menyeluruh selama 23 tahun dan penghasilan produk yang memberikan sepenuh tumpuan kepada pengeluaran suplemen pemakanan yang memberikan manfaat menjangkaui khasiat biasa untuk menjaga fungsi tubuh badan yang sihat, Bio Nice telah berjaya menghasilkan beberapa produk pemakanan yang memenuhi kualiti keselamatan yang tinggi. Loji perkilangan Bio Nice telah dianugerahkan Sijil Amalan Perkilangan Baik (Good Manufacturing Practices :GMP) bagi loji pemprosesannya di negeri Johor.
Proses Perkilangan
Proses dan peralatan perkilangan yang kami gunakan dapat mengekalkan unsur aktif dalam produk agar kemujarabannya lebih terjamin. Proses perkilangan Bio Nice telah disahkan dan setiap set produk didokumentasikan secara teliti.
Peralatan kilang kami direka cipta khas untuk mengurangkan masalah yang biasanya wujud dalam pengeluaran dan pemekatan herba sekaligus memaksimumkan kemujaraban, hasil dan kualiti produk.
Kemahiran perkilangan berserta dengan peralatan moden dan kawalan kualiti yang ketat membolehkan kami menghasilkan ekstrak pekatan herba yang terbaik di pasaran. Kami juga berpengalaman luas dalam perkilangan berkontrak yang dilakukan khas untuk memenuhi keperluan dan kehendak anda.
Kawalan Kualiti
Bio Nice mengenakan kawalan kualiti yang ketat, bermulanya daripada penerimaan bahan herba mentah kepada proses perkilangan untuk memastikan setiap set produk kami itu selamat untuk kesihatan, konsisten dan berkesan.
Pasukan Jaminan Kualiti mengambil setiap set sampel untuk diuji agar produk menepati spesifikasi yang telah ditetapkan. Mereka mengaudit semua proses untuk memastikan produk mengikut ketetapan peraturan dan polisi.
Keselamatan
Herba Mentah dan Produk Siap dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Semua produk juga diuji untuk mengesan kewujudan racun serangga perosak, galian berat dan pencemaran mikrobiologikal untuk memastikan produk selamat digunakan.